Harga RON95 Kini Hanya RM1.89 Seliter, RON97 Dan Diesel Turut Catat Penurunan Comments Off on Harga RON95 Kini Hanya RM1.89 Seliter, RON97 Dan Diesel Turut Catat Penurunan

Minggu ini harga runcit untuk RON95, RON97 dan Diesel telah mencatatkan penurunan tertinggi setakat tahun ini. Melalui perkongsian Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit untuk produk petroleum bagi tempoh 7 Mac hingga 13 Mac 2020 mencatatkan penurunan antara 17 sen hingga 21 sen.

  1. Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter.
  2. Harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 19 sen seliter iaitu daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter.
  3. Harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter.

Harga runcit baharu untuk RON97, RON95 dan Diesel ini berkuat kuasa selama seminggu, bermula 7 Mac 2020 (12.01 tengah malam) hingga 13 Mac 2020 (11.59 malam).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend