Harga OPPO F7 Dan F7 Youth Diturunkan Bermula Hari Ini Pada Harga Serendah RM999 Comments Off on Harga OPPO F7 Dan F7 Youth Diturunkan Bermula Hari Ini Pada Harga Serendah RM999

OPPO Malaysia secara rasmi telah mengumumkan penurunan harga jualan dua telefon pintar keluarannya untuk pasaran Malaysia berkuat kuasa hari ini. Pengguna kini boleh memiliki OPPO F7 pada harga RM1,099 iaitu penurunan harga sebanyak RM200 (harga asal RM1,299). Manakala OPPO F7 Youth pula ditawarkan pada harga RM999, berbanding harga asalnya RM1,099.

OPPO F7

OPPO F7 yang hadir dengan paparan skrin 6.2 inci menjanjikan kualiti swafoto terbaik melalui lensa kamera 25 Megapiksel yang dilengkapi dengan teknologi AI Beauty 2.0 dan juga HDR. Ciri AI Beauty 2.0 yang disokongnya mampu mengimbas sebanyak 296 poin di wajah, bagi memastikan pengecaman wajah yang lebih tepat bergantung kepada umur, warna kulit dan juga jenis kulit.

OPPO F7 Youth

OPPO F7 boleh dimiliki dalam warna Sunrise Red, Moonlight Silver, dan Diamond Black, manakala OPPO F7 Youth pula ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sunrise Red dan Diamond Black. Kedua-dua model ini boleh dibeli pada harga baharu di OPPO Concept Store,  laman rasmi OPPO, pengedar rasmi OPPO dan juga dalam talian seperti Lazada, 11street dan Shopee.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend