Harga Jualan Rasmi Untuk OPPO A5 2020 Dan Reno2 F Diturunkan, Kini Berharga RM599 Dan RM1,399 Comments Off on Harga Jualan Rasmi Untuk OPPO A5 2020 Dan Reno2 F Diturunkan, Kini Berharga RM599 Dan RM1,399

Bagi meraikan ketibaan tahun 2020, OPPO Malaysia telah mengumumkan harga baharu untuk dua model telefon pintar popularnya iaitu OPPO A5 2020 dan juga OPPO Reno2 F.

Bermula hari ini (6 Januari 2020), pelanggan boleh memiliki OPPO A5 2020 pada harga RM599 berbanding harga asalnya iaitu RM699. Manakala OPPO Reno2 F pula menerima penurunan harga sebanyak RM200, yang mana kini ditawarkan pada harga hanya RM1,399.

Penawaran harga baharu untuk OPPO A5 2020 (3GB + 64GB) dan OPPO Reno2 F (8GB + 128GB) ini boleh dimiliki melalui semua saluran jualan termasuklah OPPO Concept Stores, kedai rasmi OPPO, Lazada, Shopee, Celcom, Digi, Maxis dan juga U Mobile.

Spesifikasi OPPO A5 2020 & OPPO Reno2 F:

Baca juga:

OPPO A9 2020 Dan OPPO A5 2020 Kini Rasmi Dengan Kuad Kamera Dan Speaker Stereo Pada Harga RM1199 Dan RM699

OPPO Reno2 Dan Reno2 F Kini Rasmi Di Malaysia – Masing-masing RM2299 Dan RM1599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend