Harga Jualan Rasmi HUAWEI P30 Dan P30 Pro Kini Diturunkan Sehingga RM500, Kini Bermula RM1999 Comments Off on Harga Jualan Rasmi HUAWEI P30 Dan P30 Pro Kini Diturunkan Sehingga RM500, Kini Bermula RM1999

HUAWEI Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan siri P30 untuk pasaran tempatan pada awal April yang lepas. Di awal kemunculannya, HUAWEI P30 Pro 8GB + 512GB dijual pada harga RM4399, manakala P30 Pro 8GB + 256GB pula dijual pada harga RM3799, dan P30 pula berharga RM2699.

Selepas beberapa bulan dijual di pasaran, harga ketiga-tiga model ini telah diturunkan secara rasmi dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM3899, RM3399 dan RM2299.

Nampaknya baru-baru ini HUAWEI Malaysia sekali lagi telah mengumumkan penurunan harga buat kali kedua untuk ketiga-tiga model itu. Berdasarkan harga baharu yang diumumkan, HUAWEI P30 Pro 8GB + 512 kini berharga RM3399, P30 Pro 8GB + 256GB berharga RM2999, dan P30 pula boleh dimiliki pada harga RM1999.

Baca juga:

HUAWEI Nova 5T Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1399, Percuma HUAWEI SuperCharge Car Charger

HUAWEI Mate 20 Berharga RM1,212 Antara Peranti Dengan Diskaun Sempena ‘HUAWEI 12.12’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend