Harga Jualan, Pilihan Warna Dan Varian OnePlus 6T Kini Tertiris Sebelum Dilancarkan Pada 30 Oktober Ini Comments Off on Harga Jualan, Pilihan Warna Dan Varian OnePlus 6T Kini Tertiris Sebelum Dilancarkan Pada 30 Oktober Ini

Pelancaran rasmi OnePlus 6T sebelum ini telah dijadualkan akan berlangsung pada 30 Oktober nanti di India dan New York, dan jika sebelum ini pelbagai berita ketirisan tentang OnePlus 6T berlegar di Internet, kini satu lagi berita ketirisan yang lebih menarik telah berjaya didedahkan kepada umum.

Melalui perkongsian yang baru sahaja diterima, OnePlus 6T akan diperkenalkan untuk pasaran India dalam tiga varian berbeza iaitu varian paling asas dengan kominasi 6GB + 128GB. Ia dipercayai  akan dijual pada harga INR37,999 (kira-kira RM2,146) dan akan diperkenalkan dalam satu warna sahaja iaitu Mirror Black.

Varian kedua yang akan ditawarkan adalah 8GB + 128GB dengan harga jualan INR40,999 (kira-kira RM2,315) dengan dua warna pilihan iaitu Mirror Black dan Midnight Black. Manakala varian tertinggi untuk OnePlus 6T pula akan hadir dengan kombinasi memori 8GB + 256GB yang dijual pada harga INR44,999 (kira-kira RM2,542) dalam satu warna pilihan iaitu Midnight Black.

Jika maklumat yang didedahkan ini adalah benar, jelas dapat dilihat bahawa OnePlus tidak lagi menawarkan sokongan ruang storan 64GB untuk OnePlus 6T.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend