Harga Jualan OnePlus 7 Pro Di India Tertiris, Mungkin Dijual Pada Harga RM2,995 Hingga RM3,475 Comments Off on Harga Jualan OnePlus 7 Pro Di India Tertiris, Mungkin Dijual Pada Harga RM2,995 Hingga RM3,475

Dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Mei 2019 nanti, setakat ini pelbagai maklumat ketirisan OnePlus 7 Pro telah berjaya didedahkan. Ini termasuklah penggunaan teknologi paparan baharu yang dikenali sebagai ‘Fluid AMOLED’ dengan keupayaan penukaran kadar segar semula skrin 60Hz atau 90Hz bergantung kepada penggunaan.

Selain daripada imej pengolokan rasmi OnePlus 7 Pro dalam dua warna pilihan iaitu Nebula Blue dan Mirror Grey yang berjaya dikongsikan oleh @ishanagarwal24, individu yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan ini turut mendedahkan harga jualan untuk model tersebut.

Melalui perkongsian tweet berasingan, harga jualan untuk ketiga-tiga varian OnePlus 7 Pro bagi pasaran di India telah berjaya didedahkan kepada umum. Varian 6GB + 128GB akan dijual pada harga Rs49,999 (kira-kira RM2,995), manakala varian 8GB + 256GB berharga Rs.52,999 (kira-kira RM3,176), dan varian tertinggi 12GB + 256GB pula dijual pada harga Rs.57,999 (RM3,475).

Walau bagaimanapun ketirisan harga yang dikongsikan itu masih lagi dapat dipastikan kesahihannya, tetapi harga jualan yang agak tinggi ini mungkin ada kebenarannya berikutan OnePlus sebelum ini telah membelanjakan kos R&D yang besar untuk penghasilan paparan skrin ‘Fluid AMOLED’

sumber 1, sumber 2

Baca juga:

OnePlus 7 Pro Dipercayai Menggunakan Skrin ‘Fluid AMOLED’ Dengan Paparan Fleksibel 60Hz dan 90Hz

Paparan Skrin OnePlus 7 Pro Mendapat Penarafan Tertinggi Daripada DisplayMate

OnePlus 7 Pro Disahkan Menyokong Teknologi Paparan Baharu Dengan Rangkaian 5G

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend