Harga Jualan Huawei Mate 20 Pro Untuk Pasaran UK Kini Tertiris Comments Off on Harga Jualan Huawei Mate 20 Pro Untuk Pasaran UK Kini Tertiris

Semakin dekat dengan hari pelancarannya, semakin banyak pendedahan yang telah berjaya dibuat tentang Huawei Mate 20 Pro. Baru-baru ini, Roland Quandt yang sememangnya terkenal dengan ketepatan berita tertirisnya sekali lagi telah berjaya mendedahkan pula harga jualan Huawei Mate 20 Pro.

Menurut pendedahan yang dibuat, Huawei Mate 20 Pro akan dilengkapi dengan paparan skrin OLED 6.39 inci beresolusi 3120 x 1440 piksel, manakala sokongan pengimbas cap jarinya kini telah ditempatkan pada skrin. Mate 20 Pro yang dibangunkan dengan menggunakan kod nama ‘Laya’ ini turut menyokong rekaan takuk yang agak lebar bagi menempatkan kamera hadapan 24MP dan juga modul Vertical Surface Emitting Laser (VSEL) bagi tujuan nyah-kunci peranti.

Pengambaran utamanya pula telah disediakan dengan lensa utama daripada LEICA beresolusi 40MP (f/1.8) dengan sokongan teknologi ‘Light Fusion’. Lensa keduanya yang berfungsi sebagai lensa Telefoto ini pula menyokong resolusi 20MP (f/2.4), manakala lensa ketiga beresolusi 8MP dengan keupayaan penggambaran ultra-wide-angle. Lebih menariknya, kombinasi ketiga-tiga lensa ini membolehkan ia menyokong ciri zum optikal sehingga 5x.

Sama seperti Huawei P20 Pro, Mate 20 Pro juga tidak disediakan dengan slot kad microSD, tetapi kini Huawei telah memperkenalkan memori kad istimewa yang dikenali sebagai ‘Nano Memory Card’ yang hadir dengan format rekaan kad nanoSIM. Dengan sokongan pemproses Kirin 980, Huawei Mate 20 Pro turut menyokong bateri berkapasiti 4200 mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W.

Tidak cukup dengan itu, ia juga merupakan peranti pertama daripada Huawei menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar yang mampu mengecas aksesori yang bersesuaian seperti Huawei Freebuds 2. Berbeza dengan siri P20, Huawei Mate 20 Pro juga menjanjikan ketahanan yang lebih baik dengan sokongan ciri kalis air dengan pengiktirafan IP68.

Lebih menariknya melalui ketirisan yang telah dikongsikan itu juga, harga Huawei Mate 20 Pro dengan varian 6GB + 128GB untuk pasaran UK juga telah didedahkan iaitu £899 (kira-kira RM4,944). Namun begitu perlu diingatkan bahawa harga jualan untuk pasaran Eropah ini sememangnya lebih mahal berbanding harga jualan untuk pasaran lain.

Miliki peranti flagship daripada Huawei hari ini:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend