Harga Jualan ASUS ROG Phone Di China Telah Diumumkan – Bermula Dari RM3,622 Comments Off on Harga Jualan ASUS ROG Phone Di China Telah Diumumkan – Bermula Dari RM3,622

ASUS ROG Phone boleh dianggap sebagai salah satu daripada telefon pintar gaming terbaik buat masa ini kerana ia hadir dengan sokongan spesifikasi berprestasi tinggi. Dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dengan kelajuan 2.96 GHz, ASUS ROG Phone merupakan peranti flagship pertama di dunia menyokong frekuensi CPU 2.96 GHz.

ASUS ROG Phone telah diperhebatkan lagi dengan sokongan RAM sebesar 8GB LPDDR4X, memori dalaman UFS 2.1 mencecah sehingga 512GB, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh. Selain itu ia juga hadir dengan paparan skrin AMOLED bernisbah 18:9 sebesar 6.0 inci. Malah paparannya juga menyokong kadar segar semula 90Hz, gamut warna DCI-P3 dan juga nisbah kontras 100,000:1.

Pengalaman permainan mudah alih menggunakan peranti ini telah diperhebatkan lagi dengan teknologi penyejukan yang dikenali sebagai 3D Vapor Chamber yang mampu memastikan kecekapan pelepasan haba sehingga 60%. Tidak cukup dengan itu, bahagian sisi kerangkanya juga telah dioptimumkan untuk permainan mudah alih dengan kehadiran port output HDMI.

ASUS ROG Phone turut menyokong speaker stereo yang dipacu oleh amplifier pintar yang mampu mengatasi isu kualiti bunyi apabila speaker ditutup dengan tangan tanpa sengaja ketika bermain. Dari segi penggambaran pula ia hadir dengan kamera utama beresolusi 12MP + 8MP dari Sony IMX363, manakala kamera hadapan pula beresolusi 8MP.

Di dalam pengumuman rasmi yang berlangsung di Beijing, China, ASUS ROG Phone varian 8GB + 128GB akan dijual pada harga CNY5,999 (kira-kira RM3,622), manakala varian 8GB + 512GB pula boleh dimiliki pada harga CNY7,999 (kira-kira RM4,830). Untuk edisi terhad eSports Armor pula akan dijual pada harga lebih mahal iaitu CNY12,999 (kira-kira RM7,848).

ASUS ROG Phone akan dilancarkan secara rasmi di China pada penghujung bulan ini iaitu 26 September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend