
HUAWEI Malaysia kini telah mengumumkan berita baik buat peminat jenama itu di negara ini dengan penurunan harga jualan rasmi untuk tiga model popularnya iaitu HUAWEI P30 Pro, Mate 30 dan juga Mate 30 Pro.
Bermula hari ini, ketiga-tiga model itu telahpun ditawarkan pada harga jualan baharu dengan penurunan sehingga RM300 iaitu seperti berikut:
Model | Harga RRP | Harga Baharu |
HUAWEI P30 Pro (8GB + 256GB) | RM 2,799 | |
HUAWEI Mate 30 (8GB + 128GB) | RM 2,499 | |
HUAWEI Mate 30 Pro 4G (8GB + 256GB) | RM 3,599 |
HUAWEI Express VIP Delivery
Sehingga 31 Mei 2020, pembelian produk keluaran HUAWEI melalui HUAWEI Online Official Store akan boleh menerima peranti tersebut dengan lebih cepat.
Pelanggan akan dihubungi dalam tempoh sejam selepas tempahan dibuat, dan peranti akan dihantar dalam tempoh enam jam selepas pelanggan menerima panggilan tersebut. Sebagai rujukan, penghantaran akan dibuat antara jam 10 pagi hingga 7 petang pada setiap hari.