Harga Huawei Mate 10 Pro Diturunkan Sebanyak RM400 – Kini Berharga RM2,699 Comments Off on Harga Huawei Mate 10 Pro Diturunkan Sebanyak RM400 – Kini Berharga RM2,699

Huawei Mate 10 Pro sebuah telefon pintar yang menawarkan kamera berteknologi Leica telah mendapat sambutan yang hangat semenjak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu. Hasil gambar yang diambil menggunakan peranti ini juga agak baik kerana ia antara yang terawal dikuasakan teknologi AI (kecerdasan buatan) pada masa itu.

Hari ini, Huawei Malaysia mengumumkan penurunan harga dilakukan pada model tersebut. Kini ia berharga RM2,699 dengan potongan sebanyak RM400 berbanding harga asal RM3,099. Harga ini berkuatkuasa bermula hari ini sehingga pada masa akan datang.

Huawei Mate 10 Pro didatangkan dengan rekaan skrin bernisbah 18:9 6″ OLED FHD+ yang dikuasakan cipset Kirin 970. Ia digabungkan dengan dwi kamera 20MP + 12MP membawakan aperture serendah f/1.6 yang menyokong ciri OIS (penstabilan imej optikal). Bateri pada peranti ini berkapasiti 4,000mAh dan terbukti mampu bertahan selama lebih kurang dua hari dengan sekali pengecasan.

Bagi yang inginkan telefon pintar alternatif selain memilih Huawei P20 Pro, anda boleh dapatkannya dengan pilihan warna Midnight Blue, Titanium Gray, Pink Gold, dan Mocha Brown.

Spesifikasi

  • 6-inci FullView Display 18:9 OLED FHD+ (2160 x 1080p)
  • Android 8.0 Oreo / EMUI 8 (sokong kemas kini terbaru)
  • Kirin 970 berkuasa AI
  • 6GB RAM / 128GB storan
  • 12MP + 20MP f/1.6 Leica
  • 8MP f/2.0
  • 4,000mAh Huawei SuperCharge 5V/4A
  • Dwi SIM 4G LTE (sokong microSD sehingga 256GB)
  • Kalis air dan debu IP67
  • USB Type-C

Kemas kini artikel:

Dengan setiap pembelian Huawei Mate 10 Pro bernilai RM2,699 di Kedai Rasmi Huawei di Lazada, pembeli akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM799 iaitu:

  • Kotak hadiah (fon kepala, batang swafoto, iRing)
  • Kabel Huawei Type-C 30cm
  • Beg percutian Huawei
  • Pengecas dalam kereta Huawei
  • Penimbang berat Huawei

Miliki Huawei Mate 10 Pro anda hari ini : https://bit.ly/2KYKpjQ

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend