Harga Alat Ganti Tanpa Jaminan Waranti Untuk HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Dikongsikan Di HiCare Comments Off on Harga Alat Ganti Tanpa Jaminan Waranti Untuk HUAWEI Y9 Prime 2019 Kini Dikongsikan Di HiCare 145

Apabila membuat pilihan sesebuah telefon pintar, antara kriteria paling utama yang akan dilihat oleh kebanyakan pembeli adalah harga dan juga spesifikasi. Namun begitu, tanpa disedari rata-rata daripada kita sering terlupa untuk mempertimbangkan kos yang perlu dibayar untuk menukar alat ganti apabila telefon pintar itu rosak.

HUAWEI Y9 Prime 2019 tersedia dalam tiga warna pilihan dengan sentuhan dua tona berbeza pada bahagian atas dan bawah panel belakangnya.

Seperti yang kita ketahui, HUAWEI Y9 Prime 2019 yang mula dijual secara rasmi pada 27 Julai yang lalu telah ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu hanya RM899. Ternyata pemilikan HUAWEI Y9 Prime 2019 dilihat lebih berbaloi kerana harga alat gantinya yang dilihat tidaklah terlalu mahal.

Harga alat ganti HUAWEI Y9 Prime 2019:

  • Skrin – RM265
  • MainBoard – RM450
  • Kamera depan – RM76
  • Kamera utama – RM85
  • Bateri – RM61
  • Panel belakang – RM76

Namun begitu, harga alat ganti yang dikongsikan melalui aplikasi HUAWEI HiCare ini tidak termasuk kos diagnostik RM25, dan juga kos pemasangan RM60.

Beli HUAWEI Y9 Prime 2019 pada harga RM899:

Baca juga:

[Ulasan] HUAWEI Y9 Prime 2019 – Peranti Pertama HUAWEI Dengan Rekaan Kamera Terangkat

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend