Harga Alat Ganti Rasmi Untuk HUAWEI Nova 7i Dan HUAWEI Y7p Bermula Daripada RM28 Hingga RM542 Comments Off on Harga Alat Ganti Rasmi Untuk HUAWEI Nova 7i Dan HUAWEI Y7p Bermula Daripada RM28 Hingga RM542

Sebagaimana yang kita ketahui, HUAWEI baru sahaja memperkenalkan dua model terbaharunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan HUAWEI Nova 7i (mula dijual pada 22 Februari 2020) dan juga HUAWEI Y7p (sudah dijual 14 Februari 2020).

Melalui aplikasi HUAWEI HiCare atau kini lebih dikenali sebagai HUAWEI Support, anda kini sudahpun boleh memperolehi senarai harga alat ganti rasmi untuk HUAWEI Nova 7i dan juga HUAWEI Y7p.

Tips: Akses aplikasi HiCare/Support dan pada tab QUICK SERVICES, pilih menu Spart parts. Kemudian pilih model yang diingini untuk melihat senarai harga alat ganti rasmi peranti tersebut.

Senarai harga alat ganti rasmi di pusat servis HUAWEI:

  • HUAWEI Nova 7i (JNY-LX2)
    • Kamera depan – RM82
    • Bateri – RM74
    • Panel belakang – RM85
    • MainBoard – RM542
    • Skrin – RM320
    • Kamera utama – RM136
  • HUAWEI Y7p (ART-L29)
    • Kamera depan – RM28
    • Bateri – RM52
    • Panel belakang – RM219
    • MainBoard – RM316
    • Kamera utama – RM136

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend