HappyFresh Lancar ‘Ibu Charity Store’ Bagi Membolehkan Pelanggan Membeli Barangan Runcit Untuk Didermakan Comments Off on HappyFresh Lancar ‘Ibu Charity Store’ Bagi Membolehkan Pelanggan Membeli Barangan Runcit Untuk Didermakan

HappyFresh selaku syarikat yang menerajui perkhidmatan penghantaran barang runcit dalam talian di Malaysia telah meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-4 dengan mencatatkan pelbagai pencapaian, dan juga mengumumkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta ganjaran untuk pelanggan setianya.

Dalam tempoh empat tahun beroperasi, HappyFresh yang pada asalnya memiliki hanya 10 kakitangan, kini telah berjaya mencatatkan hampir 1,000 kakitangan di seluruh negara. Bahkan aplikasi HappyFresh juga kini telah menawarkan lebih daripada 300,000 produk dengan melebihi 5,140 tawaran potongan harga diberikan.

Bersempena meraikan sambutan ulang tahun ke-4, HappyFresh turut melancarkan ‘Ibu Charity Store’ sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat. Inisiatif yang dilakukan ini membolehkan pelanggan membuat pembelian barangan runcit di HappyFresh untuk didermakan ke rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang.

Lebih menariknya, sepanjang bulan Mac ini juga HappyFresh akan turut mengadakan pelbagai promosi, termasuklah jualan kilat istimewa yang menjanjikan diskaun harga harian untuk produk terpilih. Malah pelanggan akan turut menikmati kos penghantaran dengan kadar rata.

Muat turun aplikasi HappyFresh:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend