Hanis Zalikha Dilantik Duta Produk Siri OPPO Find X2 Comments Off on Hanis Zalikha Dilantik Duta Produk Siri OPPO Find X2

OPPO Malaysia menjadualkan pelancaran siri OPPO Find X2 pada minggu hadapan, 10 Mac 2020. OPPO juga dijangka akan memperkenalkan dua varian iaitu Find X2 dan Find X2 Pro.

Baca: OPPO Malaysia Mengesahkan Tarikh Pelancaran Siri OPPO Find X2 Untuk Pasaran Tempatan Pada 10 Mac 2020

Dalam ciapan terbaru, OPPO turut mendedahkan duta produk mereka yang mana menampilkan Hanis Zalikha, selebriti tempatan yang cukup popular. Poster yang dimuat naik juga memperlihatkan beliau memperagakan peranti.

Terdahulu, kami telah dedahkan spesifikasi yang akan hadir pada dua peranti ini. Kedua-duanya dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865, skrin 2K+ dengan kadar segar semula 120Hz, trikamera 48MP+12MP+13MP yang satu daripadanya sensor periskop, pengecasan pantas 65W, dwi pembesar suara stereo, memori 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB LPDDR5.

Baca: [Eksklusif] Spesifikasi, Warna Dan Gambar Rasmi OPPO Find X2 dan Find X2 Pro Tertiris

Peranti mercu ini juga turut menjadi peranti pertama OPPO yang menyokong ciri kalis air dan debu IP68. Bagaimanapun pengesahan spesifikasi akan kita dengarkan pada majlis pelancaran nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend