Haier Dan Craft Bamboo Racing Bangunkan Kereta Formula Yang Dijana Dengan Motor Mesin Basuh Comments Off on Haier Dan Craft Bamboo Racing Bangunkan Kereta Formula Yang Dijana Dengan Motor Mesin Basuh 221

Pembangunan kereta Go Kart menggunakan enjin mesin pemotong rumput bukanlah sesuatu yang baru, tetapi tahukah anda bahawa motor yang digunakan pada mesin basuh juga sebenarnya boleh digunakan pada sebuah kereta perlumbaan?! Ia mungkin tidak masuk akal, tetapi penghasilan kereta formula itu sudahpun berjaya direalisasikan oleh Haier dengan kerjasama Craft Bamboo Racing.

Hasil daripada kerjasama itu, sebuah kereta perlumbaan formula yang dijana dengan enjin elektrik berkuasa 660W iaitu sekitar 0.9 kuasa kuda, dan juga 45nm tork telah berjaya dibangunkan. Walaupun kuasa yang berjaya dihasilkan masih tidak setanding dengan kereta perlumbaan formula yang lain, sekurang-kurangnya pembangunan kereta formula yang dijana dengan motor mesin basuh ini merupakan satu inovasi yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pihak.

Apa yang menariknya, dari segi penampilan luarannya kereta formula dengan janaan motor mesin basuh daripada Haier ini kelihatan mirip seperti kereta formula biasa. Bahkan Craft Bamboo Racing juga turut menampilkan binaan kerangka yang sangat ringan dengan rekaan yang aerodinamik bagi memastikannya boleh dipandu dengan bantuan kuasa yang agak terhad.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend