Grab Menyediakan Juadah Berbuka Puasa Dan Keperluan Hari Raya Mulai 9 April Ini Comments Off on Grab Menyediakan Juadah Berbuka Puasa Dan Keperluan Hari Raya Mulai 9 April Ini

Grab Malaysia hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran juadah berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini selari dengan seruan kerajaan kepada masyarakat untuk tidak berhimpun secara beramai-ramai.

Melalui GrabFood, pengguna akan disajikan dengan pelbagai menu kegemaran sepanjang zaman seperti Ayam Percik, Murtabak, Roti John, dan lain-lain lagi dari pelbagai restoran dan gerai yang berada di sekitar.

Manakala GrabExpress pula akan ditawarkan kepada usahawan mikro dan peniaga atas talian bagi membantu mereka menghantar pesanan pelanggan yang akan melonjak pada bulan Ramadan ini termasuklah barangan seperti kuih muih, baju kurung, barangan keperluan Hari Raya, dan lain-lain lagi.

Dengan adanya GrabFood dan GrabExpress, pengguna tidak lagi perlu lagi keluar dari rumah malah dengan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai, GrabPay ia akan memudahkan transaksi antara penjual dan juga pembeli.

Grab turut menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan para peniaga kecil yang berpengkalan di rumah untuk menyertai rangkaian perkhidmatan Grab dengan menawarkan lebih daripada 100 ribu penunggang di seluruh negara. Bagi yang berminat, anda boleh daftar di sini.

Mulai 9 April 2020, orang ramai boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk keperluan Hari Raya apabila membeli-belah menggunakan GrabPay melalui promosi yang dinamakan ‘Raya Deals Dari Rumah’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend