Grab Anjur Kempen “Siapa Cepat, Banyak Dapat” Khusus Untuk eTunai Rakyat Comments Off on Grab Anjur Kempen “Siapa Cepat, Banyak Dapat” Khusus Untuk eTunai Rakyat

Sejak kelmarin kita sibuk dengan tuntutan eTunai Rakyat bernilai RM30 yang diberikan oleh kerajaan kepada individu yang berumur lebih 18 tahun dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Sebanyak tiga pengendali dompet digital telah menyertai program inisiatif kerajaan ini dan salah satunya ialah Grab.

Bersempena dengan itu, Grab telah menganjurkan kempen yang dinamakan “Siapa Cepat, Banyak Dapat”.

Kempen ini merupakan kempen yang mana ganjaran lumayan akan diberikan kepada mereka yang menuntut RM30 melalui Grab.

Setiap pengendali hadir dengan tawaran yang berbeza. Untuk Grab, baucar dan promosi eksklusif bernilai sehingga RM3000 akan diberikan.

Terdapat tiga peringkat ganjaran diberikan kepada mereka yang layak. Untuk 10,000 pendaftaran pertama, ganjarannya lebih banyak berbanding pendaftaran yang ke 10,0001. Begitu juga untuk pendaftaran yang ke 110,001 dan ke atas.

Tinjauan kami di laman sesawang Grab sebentar tadi telah melihatkan dua peringkat ganjaran telah habis ditebus. Ini bermakna jika anda mahu menebus eTunai Rakyat RM30 di Grab, anda hanya akan menerima baucar bernilai sehingga RM30 dan promosi GrabPay bernilai sehingga RM2700.

Perlu diingatkan, penebusan hanya berjaya sekiranya akaun anda telah disahkan. Sekiranya eTunai Rakyat RM30 telah ditebus di platfom lain seperti Touch ‘N Go dan Boost, anda tidak layak untuk menebusnya di Grab.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend