GoPro HERO Versi Bajet Kini Dilancarkan Pada Harga USD199 Comments Off on GoPro HERO Versi Bajet Kini Dilancarkan Pada Harga USD199

Tiga hari lepas, kami telah mendedahkan bahawa ada pengguna di Twitter telah berkongsi bahawa GoPro akan memperkenalkan model terbarunya di pasaran dengan kemunculan model CHDHB-501-RW. Nampaknya berita itu telah disahkan apabila GoPro HERO sudahpun dilancarkan secara rasmi tanpa menampilkan sebarang nombor sebagaimana model HERO6 Black ataupun HERO5 Black sebelum ini.

Apa yang menariknya, kemunculan GoPro HERO terbaru ini bakal mengugat jualan kamera aksi mampu miliki sedia ada di pasaran kerana ia merupakan model paling murah pernah diperkenalkan oleh GoPro setakat ini. Dengan harga jualan hanya USD199 iaitu bersamaan dengan RM760, GoPro HERO ini menawarkan ciri-ciri yang lebih rendah jika dibandingkan dengan GoPro HERO6 Black yang dijual pada harga RM2399 untuk pasaran tempatan.

GoPro HERO hadir dengan kamera beresolusi 10 Megapiksel (10 fps Burst) ini hanya mampu merekod video 1080p 60 fps yang dibantu dengan fungsi penstabilan. Ia juga didatangkan dengan sokongan skrin sentuh, ciri kalis air sehingga 10m, QuickStories, keupayaan pengecasan pantas, Auto Low Light, dan juga memiliki sambungan WiFi serta Bluetooth.

Berbeza dengan GoPro HERO6 Black, ia tidak disediakan dengan sambungan GPS dan juga cip GP1 untuk memastikan imej yang lebih berkualiti serta penstabilan yang lebih baik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend