GoPro HERO Model CHDHB-501-RW Dipercayai Akan Dilancarkan Pada 30 Mac Ini Comments Off on GoPro HERO Model CHDHB-501-RW Dipercayai Akan Dilancarkan Pada 30 Mac Ini

Pada penghujung September 2017 yang lalu, GoPro HERO6 Black telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM2399. Tetapi jika anda bercadang untuk memiliki kamera aksi keluaran GoPro ini, mungkin anda patut tunggu sehingga 30 Mac nanti.

Berdasarkan kepada perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna yang sememangnya terkenal dengan ketirisan berita dalam dunia kamera iaitu @nokishita-camera dari Jepun telah mendedahkan bahawa GoPro bakal melancarkan model terbarunya pada 30 Mac 2018 ini.

Walaupun begitu, setakat ini tiada banyak maklumat yang didedahkan termasuk nama model dan juga ciri atau fungsi baharu yang akan disokong oleh GoPro HERO baharu ini. Jadi untuk mengetahui apakah yang akan diumumkan oleh GoPro, kenalah tunggu sehingga ia diumumkan secara rasmi nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend