GoPayz Merupakan eDompet Pertama Di Malaysia Dengan Sokongan Perkhidmatan Bayaran Zakat Kepada LZS Comments Off on GoPayz Merupakan eDompet Pertama Di Malaysia Dengan Sokongan Perkhidmatan Bayaran Zakat Kepada LZS

Dilancarkan pada pertengahan tahun ini, aplikasi eDompet GoPayz kini telah mengumumkan satu lagi kemudahan bayaran zakat yang dibuat untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pengenalan ciri bayaran tambahan ini secara tidak langsung telah menjadikan GoPayz sebagai eDompet pertama di negara ini yang menawarkan perkhidmatan bayaran zakat.

Melalui GoPayz, pelanggan kini boleh menunaikan ibadah zakat termasuklah zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat saham, zakat KWSP, zakat emas, zakat perak, qadha zakat, zakat fitrah, dan juga zakat harta kepada LZS menerusi aplikasi mudah alih Android dan iOS, ataupun melalui laman GoPayz.

Selain menjanjikan akses dan juga kaedah bayaran zakat yang lebih berkesan, ia juga sangat mudah untuk digunakan kerana pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti berikut:

  1. Daftar masuk aplikasi atau laman GoPayz (www.gopayz.com.my)
  2. Tekan menu Services → Islamic → Zakat → Lembaga Zakat Selangor
  3. Lengkapkan maklumat yang diminta
  4. Pelanggan akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat” dan klik sahaja butang “Terus Bayaran”
  5. Pilih cara pembayaran untuk meneruskan transaksi

Muat turun aplikasi GoPayz:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend