Google Pixel 4 Terima Skor DxOMark Sebanyak 112 Sekaligus Berada Di Kedudukan Ke-8 Comments Off on Google Pixel 4 Terima Skor DxOMark Sebanyak 112 Sekaligus Berada Di Kedudukan Ke-8 138

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL telah diperkenalkan pada minggu lalu, memperlihatkan skrin OLED dengan sokongan 90Hz serta sistem dwi-kamera belakang. Peranti Pixel generasi ke-4 ini juga telah melalui perubahan pada rekaan fizikal. Walaupun tingkat taraf yang dilakukan Google masih tidak setanding peranti-peranti mercu lain di pasaran, Google Pixel masih lagi terkenal dengan keupayaan kamera utamanya yang mampu menangkap gambar dengan terperinci.

Terbaru, DxOMark telah mengeluarkan keputusan prestasi kamera untuk Pixel 4. Markah yang diperolehi nampaknya tidak menepati apa yang dijangka kerana ia hanya mampu mendapat skor sebanyak 112 sahaja sekaligus meletakkan Pixel 4 setaraf dengan peranti keluaran HUAWEI tahun lalu selain berada jauh di belakang Mate 30 Pro yang mengungguli tempat pertama.

Pixel 4 tidak didatangkan dengan lensa ultralebar sebaliknya hanya dibekalkan lensa lebar dan telefoto. DxOMark turut menyatakan dalam ujian mereka bahawa kamera Pixel 4 masih lagi menghasilkan gambar yang tepat, dengan butiran bayangan yang baik dalam persekitaran kontras, warna yang semula jadi, serta dapat melaraskan tona warna kulit mengikut warna sebenar.

Namun begitu, keupayaan kamera untuk menangkap gambar bokeh masih lagi tidak sebaik Samsung Galaxy Note10+. Kameranya tidak dapat memisahkan subjek dan latar belakang dengan baik tetapi untuk ketajaman gambar, Pixel 4 dilihat lebih menonjol.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend