Google News Dengan Sokongan AI Kini Boleh Dimuat Turun Pada iPhone Dan iPad Comments Off on Google News Dengan Sokongan AI Kini Boleh Dimuat Turun Pada iPhone Dan iPad

Google baru sahaja mendedahkan aplikasi Google News yang telah diperbaharui dengan sokongan AI (Kecerdasan Buatan) di dalam persidangan Google I/O 2018 yang berlangsung pada minggu lepas. Hari ini aplikasi terbaru itu sudahpun boleh dimuat turun secara percuma dari App Store untuk iPhone dan juga iPad.

Apa yang membuatkan aplikasi Google News ini lebih mesra pengguna, sokongan AI dan juga data sedia ada yang Google miliki tentang pengguna akan diintegrasikan ke dalam aplikasi ini bagi memastikan paparan berita yang bersesuaian sebaik sahaja mereka mendaftar masuk menggunakan akaun Google.

Di dalam aplikasi ini akan disediakan dua ruangan berita berasingan iaitu ‘For You’ yang akan memaparkan artikel yang Google rasakan mampu menarik perhatian anda untuk membacanya berdasarkan pilihan kategori yang telah dipilih. Manakala ruangan ‘Headlines’ pula akan memaparkan artikel berita utama dari seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Google News:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend