Google Menjadualkan Acara Pada 9 Oktober – Ini Apa Yang Mungkin Diperkenalkan Comments Off on Google Menjadualkan Acara Pada 9 Oktober – Ini Apa Yang Mungkin Diperkenalkan

Google hari ini mengeluarkan tarikh rasmi majlis pelancaran yang akan diadakan pada bulan hadapan. Memilih 9 Oktober di New York, ia jadi kejutan kepada peminat antarabangsa kerana Google sering melakukan majlis di California sahaja.

Apa yang mungkin diperkenalkan ialah dua peranti yang ditunggu-tunggu Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL. Tidak hanya tertumpu kepada telefon pintar, Google juga dikhabarkan akan mengumumkan beberapa produk lain seperti Google Chromecast terbaharu, Mi Box 2 (Mi Box 4 versi Xiaomi), Google Home (dengan paparan), dan Pixelbook 2.

Adakah peranti Google Pixel tahun ini akan memberikan skor lebih baik daripada generasi terdahulu untuk fotografi, sama-sama kita nantikan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend