Google Menguji Fungsi HDR Pada Aplikasi Camera Go Untuk Telefon Pintar Berasaskan Android Go Comments Off on Google Menguji Fungsi HDR Pada Aplikasi Camera Go Untuk Telefon Pintar Berasaskan Android Go

Dilancarkan penghujung bulan Mac yang lepas, aplikasi Camera Go telah diperkenalkan oleh Google khusus untuk peranti bajet yang dioperasikan dengan Android Go.

Menurut XDAdevelopers, Google kini dilaporkan sedang menguji fungsi HDR untuk aplikasi Camera Go. Pengaktifan fungsi HDR akan mempertingkatkan kejituan warna dan keperincian gambar dengan menggabungkan beberapa imej berbeza.

Fungsi HDR boleh ditemui dalam menu Settings > Detail Enhance, tetapi buat masa ini fungsi tersebut masih lagi belum boleh digunakan. Namun berbeza dengan peranti Pixel, Camera Go tidak tersedia dengan fungsi HDR+.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend