Google Mendedahkan Pengedaran Versi Android Untuk Bulan September, Nougat Masih Mendominasi Carta Comments Off on Google Mendedahkan Pengedaran Versi Android Untuk Bulan September, Nougat Masih Mendominasi Carta

Ketersediaan muat turun versi terbaharu Android 9.0 Pie telahpun rasmi pada awal bulan Ogos yang lalu, memperlihatkan Essential Phone dan juga kesemua model Google Pixel menjadi peranti terawal menerima kemas kini tersebut.

Kini selepas lebih kurang sebulan ia diperkenalkan secara rasmi, Google dilihat telah mula mendedahkan statistik pengedaran versi Android untuk bulan September kepada umum. Sungguhpun begitu, angka yang dikongsikan ini bukanlah mewakili keseluruhan bulan September kerana data berkenaan hanya dikumput setakat 12 September yang lalu.

Berdasarkan statistik dan juga carta yang didedahkan, versi Android Nougat dilihat telah mendominasi keseluruhan statistik dengan 30.8%, iaitu 20.3% untuk Android 7.0 dan 10.5% lagi mewakili Android 7.1. Manakala Android Oreo pula mencatatkan sebanyak 14.6% dengan 11.4% merupakan Android versi 8.0 dan hanya 3.2% untuk Android 8.1.

Sungguhpun begitu, setakat ini Android 9.0 Pie dilihat masih lagi belum tersenarai di dalam statistik ini kerana versi Android perlulah mencatatkan akses ke Google Play Store sekurang-kurangnya 1%.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend