
Melalui paten terbaru yang telah dihantar oleh Google ke Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat yang bertarikh 12 April 2018, pemilik peranti Android berupaya menggunakan beberapa peranti Android untuk disambungkan sebagai satu sistem speaker.
Fungsi terbaru yang akan disokong pada masa akan datang ini membolehkan beberapa peranti Android yang telah disambungkan untuk memainkan audio secara serentak (sync) pada speaker masing-masing. Ini bermakna pengguna yang memiliki beberapa peranti Android untuk menikmati sistem audio pelbagai-ruang mini di rumah mereka.

Paten itu turut mendedahkan bahawa beberapa peranti Android ini akan membentuk satu rangkaian kecil bagi memastikan audio dimainkan dengan lebih selari, dan salah satu daripadanya akan bertindak sebagai peranti induk yang akan mengawal keseluruhan peranti lain.