Google Lancar Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dengan Sokongan Skrin OLED 90Hz Serta Dwi Kamera Comments Off on Google Lancar Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Dengan Sokongan Skrin OLED 90Hz Serta Dwi Kamera

Seperti yang dinanti-nantikan, semalam Google telahpun melancarkan Pixel 4 dan juga Pixel 4 XL secara rasmi dengan membawakan kelainan yang jauh lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

Pixel 4 dan Pixel 4 XL kedua-duanya menampilkan dua pembaharuan yang tidak ada sebelum ini iaitu sokongan paparan skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz  yang dikenali sebagai ‘Smooth Display’. Pixel 4 hadir dengan skrin berukuran 5.7 inci FHD+ (444 ppi), manakala Pixel 4 XL pula menampilkan skrin 6.3 inci QHD+ (537 ppi).

Keupayaan penggambaran siri Pixel 4 juga kini telah dipertingkatkan dengan penyediaan dwi kamera yang menawarkan lensa utama 12.2MP (f/1.7) dengan sokongan Dual-Pixel Phase Detection dan juga kombinasi teknologi penstabilan imej OIS serta EIS. Kamera keduanya pula merupakan lensa telefoto beresolusi 16MP (f/2.4) yang turut tersedia dengan teknologi penstabilan OIS dan EIS.

Memandangkan tiada sensor pengimbas cap jari tersedia pada Pixel 4 dan Pixel 4 XL, keselamatan biometrik pada peranti ini menggunakan kaedah pengecaman wajah melalui bantuan lensa depan 8MP dan juga 3D depth sensor. Malah melalui bantuan teknologi Motion Sense yang dikuasakan dengan cip Soli Radar, anda boleh mengawal peranti tanpa perlu menyentuhnya.

Fungsi Motion Sense hanya boleh digunakan di negara terpilih sahaja termasuklah AS, Kanada, Singapura, Taiwan and kebanyakan negara di Eropah.

Lebih istimewanya, sokongan Pixel Neural Core dengan algoritma imej daripada Google mampu menjanjikan hasil gambar yang jauh lebih berkualiti. Ini secara tidak langsung membolehkan anda melihat efek HDR+ terus pada paparan viewfinder sebelum gambar diambil.

Kedua-dua model ini telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, RAM berkapasiti 6GB dan juga storan sehingga 128GB. Pixel 4 dijana dengan bateri berkapasiti 2800mAh dan Pixel 4 XL pula menyokong kapasiti bateri lebih besar iaitu 3700mAh, yang mana kedua-duanya dilengkapi teknologi pengecasan pantas 18W.

Tersedia dalam tiga warna iaitu Just Black, Clearly White dan juga Oh So Orange, Pixel 4 dan Pixel 4 XL akan dijual dalam dua varian pilihan seperti berikut:

  • Pixel 4
    • 6GB + 64GB – USD799 (~RM3,353)
    • 6GB + 128GB – USD899 (~RM3,772)
  • Pixel 4 XL
    • 6GB + 64GB – USD899 (~RM3,772)
    • 6GB + 128GB – USD999 (~RM4,192)

Spesifikasi Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL:

  • Android 10
  • Qualcomm Snapdragon 855
  • 6GB RAM + 64GB / 128GB
  • 5.7 inci FHD+ (Pixel 4) / 6.3 inci QHD+ (Pixel 4 XL)
  • Flexible OLED, Smooth Display (90Hz), Gorilla Glass 5, HDR, Ambient EQ
  • Kamera utama: 12.2MP (f/1.7, 1.4μm, OIS + EIS, Dual-Pixel Phase Detection) + 16MP (Telephoto, f/2.4, 1.0μm, OIS + EIS)
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0) + 3D Depth Sensor (Cip Soli Radar)
  • 2800mAh (Pixel 4) / 3700mAh (Pixel 4 XL)
  • Pengecasan pantas 18W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend