Google Duplex Dengan Sokongan AI Berupaya Membuat Panggilan Menggunakan Suara Manusia Untuk Tempahan Perniagaan Comments Off on Google Duplex Dengan Sokongan AI Berupaya Membuat Panggilan Menggunakan Suara Manusia Untuk Tempahan Perniagaan

Bersempena acara Google I/O yang lepas, Google telah memperkenalkan pembantu digital yang dikuasakan dengan AI (Kecerdasan Buatan) bagi membolehkannya untuk membuat panggilan menggunakan suara manusia sebenar untuk memudahkan pengguna membuat tempahan perniagaan.

Teknologi terbaru yang dikenali sebagai Google Duplex ini berupaya menghubungi mana-mana perniagaan apabila diminta oleh pengguna sama ada untuk membuat tempahan restoran, rawatan dan sebagainya. Apa yang menariknya tentang Google Duplex ini adalah keupayaannya untuk berbual seperti manusia sebenar, dan ia akan memperkenalkan dirinya terlebih dahulu kepada penerima panggilan bagi mengelakkan salah faham.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend