Google Duo Akan Menyokong Versi Web, ‘Family Mode’ Turut Diperkenalkan Comments Off on Google Duo Akan Menyokong Versi Web, ‘Family Mode’ Turut Diperkenalkan

Berikutan daripada penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, Google Duo telah dipertingkatkan keupayaannya untuk menyokong sehingga 12 orang peserta untuk menyertai panggilan video menggunakan aplikasi tersebut. Menariknya kini Google telah mengumumkan dua lagi berita menarik untuk aplikasi panggilan video yang dibangunkannya itu.

Google Duo versi web

Menurut Google, mereka akan memperkenalkan versi web yang akan boleh ditawarkan pada pelayar web Chrome dalam masa beberapa minggu lagi.

Menampilkan paparan yang diperbaharui bagi membolehkan pengguna melihat lebih ramai peserta pada satu-satu masa, anda juga boleh menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai panggilan video melalui perkongsian pautan.

Family Mode

Melalui pengenalan fungsi panggilan video ‘Family Mode’, pengguna kini membuat panggilan video dengan sokongan doodle yang membolehkan anda membuat lakaran pada skrin pada masa nyata.

Malah ia juga turut tersedia dengan sokongan pelbagai efek menarik seperti topeng angkasawan, kucing dan macam-macam lagi. Fungsi ini akan ditawarkan untuk panggilan video satu-ke-satu pada peranti Android dan iOS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend