Google Dilapor Sedang Membangunkan Kad Debit Pintar Untuk Bersaing Dengan Apple Card Comments Off on Google Dilapor Sedang Membangunkan Kad Debit Pintar Untuk Bersaing Dengan Apple Card

Dalam diam-diam Google kini telah dilaporkan sedang membangunkan kad debit pintar fizikal pertamanya bagi menyaingi Apple Card, dan berita ini telah berjaya didedahkan melalui perkongsian beberapa imej yang dikongsikan oleh portal TechCrunch.

Menurut portal itu lagi, Google dikatakan akan menjalinkan kerjasama dengan bank berbeza dan nama bank tersebut akan dicetak di atas permukaan kad debit pintar tersebut.

Sebagaimana Apple Card yang boleh diintegrasikan dengan aplikasi Apple Pay, pelanggan kad debit pintar daripada Google ini pula boleh menggunakan kad debit tersebut melalui sokongan aplikasi Google Pay.

Menariknya pihak Google sendiri tidak menafikan tentang perancangannya untuk membangunkan kad debit pertama keluarannya itu selepas ditanya oleh portal tersebut untuk mendapatkan kepastian.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend