Google Dedah Pengedaran Versi Android Untuk Bulan Oktober, Android Nougat Mendominasi Carta Comments Off on Google Dedah Pengedaran Versi Android Untuk Bulan Oktober, Android Nougat Mendominasi Carta

Selepas mengumumkan kemas kini untuk ARCore, Google turut mendedahkan data pengedaran versi Android untuk bulan Oktober 2018. Berdasarkan daripada perkongsian itu, versi Android Nougat dilihat telah mendominasi carta dengan mencatatkan 28.2% iaitu 18.1% untuk Android 7.0, manakala Android 7.1 pula mencatatkan 10.1%.

Walaupun Android Oreo hanya berjaya mencatatkan sebanyak 21.5%, ia telah memperlihatkan peningkatan yang agak drastik dan sekaligus telah berjaya berada di tempat kedua. Versi Android Marshmallow yang sebelum ini menduduki tempat kedua telah turun ke tangga ketiga dengan mencatatkan 21.3%.

Versi Android KitKat dan Lollipop juga masih lagi berada di dalam carta yang mana masing-masing mencatatkan 7.6% dan 17.9%. Perkara ini agak mengejutkan kerana Android KitKat diperkenalkan pada tahun 2013 dan Android Lollipop pula diperkenalkan setahun selepas itu iaitu 2014.

Sungguhpun begitu, setakat ini Android 9.0 Pie yang baru diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu, masih lagi belum dapat dilihat kehadirannya di dalam senarai rasmi ini.

Baca juga:

Google Mendedahkan Pengedaran Versi Android Untuk Bulan September, Nougat Masih Mendominasi Carta

Android 9.0 Pie Kini Rasmi, Kemas Kini Mula Diterima Oleh Pemilik Pixel Dan Essential Phone

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend