Google Coral Dengan Sokongan Android Q, Snapdragon 855 Dan 6GB RAM Muncul Di Geekbench Comments Off on Google Coral Dengan Sokongan Android Q, Snapdragon 855 Dan 6GB RAM Muncul Di Geekbench

Bagi mendapatkan maklumat terawal tentang kemunculan peranti terbaru yang bakal diperkenalkan, laman penanda aras Geekbench merupakan salah satu sumber yang terbaik. Apa yang terbaru, satu lagi model terbaru daripada Google dilihat telah mula muncul di Geekbench dengan menggunakan nama kod ‘Google Coral’.

Apa yang menarik perhatian, peranti misteri itu dilihat menyokong spesifikasi terkini iaitu dioperasikan dengan Android Q (Android 10), dikuasakan oleh cipset 7nm terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855, dan juga menyokong memori RAM yang lebih besar berbanding siri Pixel 3 iaitu sebesar 6GB.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, Google Coral berjaya mencatatkan skor single-core sebanyak 3,296 poin, manakala skor multi-core mencecah 9,235 poin. Apa yang pasti, telefon pintar terbaru keluaran Google ini bakal dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend