Google Beri Petunjuk Bahawa HUAWEI Mate 30 Tidak Mendapat Lesen Rasmi Untuk Android Comments Off on Google Beri Petunjuk Bahawa HUAWEI Mate 30 Tidak Mendapat Lesen Rasmi Untuk Android 204

HUAWEI tersepit dalam perang dagang antara China dan Amerika Syarikat, ini menyebabkan HUAWEI terpaksa menanggung rugi akibat penjualan peranti yang terjejas. Walaupun HUAWEI diberi kebenaran untuk melakukan urus niaga dengan syarikat di sana, ia tidak bermakna konflik ini sudah selesai kerana pengeluar telekomunikasi terbesar China ini masih berada dalam senarai entiti di kerajaan A.S.

Kini, laporan terbaru dari Google telah mengesahkan bahawa HUAWEI dilarang mendapatkan lesen rasmi untuk penggunaan Android pada peranti siri Mate 30. Ia juga termasuk perkhidmatan Google Play Store dan aplikasi Google yang lain.

Imej pengolokan yang mungkin akan digunakan

Walaupun tidak mendapat lesen rasmi, Mate 30 dan Mate 30 Pro masih lagi boleh menjalankan sistem operasi Android tetapi dengan secara terbuka. Ia bermaksud peranti tidak dipasang aplikasi daripada Google dan pengeluar perlu menyediakan aplikasi alternatif.

Jika perkara ini benar berlaku pada siri Mate 30 yang akan dilancarkan pada bulan depan, tidak mustahil sekatan yang sama akan dilakukan pada peranti seperti Mate X dan sebagainya.

Bulan ini, HUAWEI telah memperkenalkan sistem operasinya tersendiri yang dinamakan Harmony OS. Ia dibina sebagai sistem operasi sumber terbuka yang mana boleh digunakan pada mana-mana peranti termasuk barangan elektronik.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend