
Melalui perkongsian terbaru yang dibuat oleh Roland Quandt (@rquandt) melalui akaun Twitter miliknya, Google dipercayai akan melancarkan model Pixel dari kelas pertengahan pada suku pertama tahun 2019 nanti dengan menggunakan nama kod ‘bonito’.
Roland Quandt yang sememangnya terkenal dengan ketirisan berita yang boleh dipercayai telah mendakwa bahawa Google kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan sebuah telefon pintar yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710. Walaupun dikuasakan dengan pemproses dari kelas pertengahan, ia masih mampu menawarkan fungsi sebuah peranti flagship seperti menyokong rakaman video 4K HDR dan juga teknologi AI.
Off to Taiwan for @computex_taipei today, but here's a tidbit for ya: Google is working on a "mobile" device based on the Snapdragon 710 currently scheduled for launch in the 1st half of 2019. Sounds like this might be the (or one of them) upcoming mid-range Pixel phone.
— Roland Quandt (@rquandt) June 2, 2018
Buat masa ini tiada sebarang maklumat lanjut yang didedahkan berhubung model Pixel kelas pertengahan ini. Jadi benar atau tidak dakwaan yang telah dibuat ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Google pada masa akan datang.