Goodix Sasar Penghasilan Pengimbas Cap Jari Optikal Pada Panel LCD Secara Besar-Besaran Menjelang Tahun 2020 Comments Off on Goodix Sasar Penghasilan Pengimbas Cap Jari Optikal Pada Panel LCD Secara Besar-Besaran Menjelang Tahun 2020

Berita mengenai kewujudan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin pada panel LCD sebelum ini telah mula diperkatakan di Internet, selepas Fortsense telah menemui penyelesaian terbaik untuk memperkenalkan teknologi itu pada panel LCD.

Menariknya melalui pengumuman yang telah dikongsikan oleh Zhang Fan selaku CEO Goodix Technology, tahun 2020 bakal menyaksikan kemunculan inovasi baharu melalui penghasilan pengimbas cap jari optikal pada panel LCD secara besar-besaran. Menariknya ia juga dipercayai akan menyokong prestasi imbasan cap jari yang lebih baik.

Teknologi pengimbas cap jari optikal di bawah skrin sebelum ini hanya terhad untuk panel OLED sahaja.

Selain akan menghasilkan teknologi pengimbas cap jari optikal pada panel LCD, Goodix Technology juga akan turut menawarkan terminal 5G, dan akan turut menghasilkan cip sentuh On-Cell untuk digunakan pada paparan skrin OLED fleksibel.

Tambahnya lagi, setakat tahun 2019, sebanyak 101 model telefon pintar komersial di pasaran telahpun dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari optikal di bawah skrin daripada Goodix Technology. Ini termasuklah model HUAWEI Mate 30 Pro, Xiaomi CC9 Pro, dan juga OnePlus 7T Pro.

Sebagai rujukan, buat masa ini teknologi pengimbas cap jari pada skrin hanya boleh digunakan pada panel OLED berikutan kenipisan panel yang membolehkan cahaya melepasi panel skrin dengan lebih mudah.

Baca juga:

Xiaomi Akan Menggunakan Panel LCD Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Bermula Tahun Depan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend