#GiveBack GoPayz Bantu Ringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta Comments Off on #GiveBack GoPayz Bantu Ringankan Beban Rakyat Malaysia Dengan Hadiah Tunai Bernilai RM1 Juta

GoPayz selaku eDompet universal yang dibangunkan U Mobile, akan menawarkan hadiah tunai bernilai RM1 juta melalui kempen #GiveBack GoPayz.

Menerusi kempen ini, setiap pengguna baharu yang mendaftar dengan GoPayz akan menerima tunai RM5 bermula hari ini hingga 30 Jun 2020. Sekiranya pengguna itu merupakan pelanggan U Mobile, mereka akan menerima eBaucer tambahan bernilai RM3 dari 7-Eleven.

Bagi menyertai kempen #GiveBack GoPayz, pengguna hanya perlu mendaftar untuk eDompet ini. Selepas pendaftaran selesai, pengguna baharu akan menerima tunai RM5 dalam tempoh 3 hari bekerja.

Selain kempen #GiveBack GoPayz, GoPayz juga akan menawarkan promosi untuk premium GoLife Plus, iaitu insurans mikro yang ditaja jamin oleh SunLife Malaysia. Pelanggan baru yang melanggan GoLife Plus hanya perlu membayar RM2 setiap bulan bagi dua bulan yang pertama.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend