Gerhana Matahari Anulus Dan Separa Boleh Disaksikan Di Malaysia Pada 26 Disember 2019 Comments Off on Gerhana Matahari Anulus Dan Separa Boleh Disaksikan Di Malaysia Pada 26 Disember 2019

Menurut perkongsian Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri selaku Mufti Wilayah Persekutuan melalui akaun rasminya, fenomena Gerhana Matahari Anulus (cincin) dan juga Gerhana Matahari Separa akan boleh disaksikan oleh penduduk di negara ini pada 26 Disember 2019, bersamaan 29 Rabiul Akhir 1441H.

Namun begitu hanya penduduk di beberapa lokasi di dua buah negeri sahaja yang boleh menyaksikan Gerhana Matahari Anulus (cincin), dan berikut senarai lokasinya:

  • Johor
    • Kukup, Pontian
    • Tanjung Piai, Pontian
    • Pengerang, Johor Bahru
    • Teluk Kerang, Johor Bahru
  • Sarawak
    • Serian
    • Kota Samarahan
Laluan Gerhana Matahari Anulus. (kredit: Platenarium Negara)

Selain daripada kawasan di atas, rakyat Malaysia juga boleh menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekitar 79% hingga 93% litupan bulan ke atas keseluruhan permukaan Matahari. Namun begitu Matahari tidak akan kelihatan seperti cincin, sebaliknya ia lebih menyerupai bentuk seperti ‘bulan sabit’.

Sesetengah kawasan akan boleh melihat fenomena Gerhana Matahari Separa yang tampil dalam bentuk seperti bulan sabit.

Anda yang berminat untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku ini, anda dinasihatkan menggunakan penuras (filter) Matahari yang bersesuaian sebelum melakukan cerapan. Manakala untuk umat Islam, anda disunatkan untuk melakukan solat sunat Kusuuf secara bersendirian atau berjemaah.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend