Geekbench Mengesahkan Sokongan Qualcomm Snapdragon 660 Dan RAM 8GB Pada Realme 2 Pro Comments Off on Geekbench Mengesahkan Sokongan Qualcomm Snapdragon 660 Dan RAM 8GB Pada Realme 2 Pro

Baru semalam kami mendedahkan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan juga RAM 8GB untuk model terbaharu sub-jenama OPPO iaitu Realme 2 Pro. Nampaknya hari ini perkara itu telah disahkan benar selepas spesifikasi penting itu berjaya didedahkan daripada ujian penanda aras Geekbench.

Melalui pendedahan itu, Realme 2 Pro yang tampil dengan nama model OPPO RMX1807 turut akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo. Sokongan spesifikasi antara yang terbaik dalam segmen kelas pertengahan ini telah berjaya memperlihatkan skor single-core sebanyak 1452 dan juga 5511 untuk skor multi-core.

Realme 2 Pro sebelum ini dipercayai akan dilancarkan secara rasmi di India pada 27 September nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend