Geekbench Memperlihatkan Kehadiran Google Pixel 2 Dengan Sokongan Android Q Comments Off on Geekbench Memperlihatkan Kehadiran Google Pixel 2 Dengan Sokongan Android Q 334

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Google sebelum ini telah mengambil pendekatan untuk memperkenalkan versi Android mereka berdasarkan nama pencuci mulut berdasarkan kepada turutan abjad. Jika dilihat pada versi terkini, Android 9.0 atau juga dikenali sebagai Android Pie masih belum diterima pada kebanyakan peranti yang ada.

Namun begitu Google dilihat sangat komited untuk memperkenalkan versi terbaharunya, apabila pangkalan data penanda aras popular Geekbench telah mendedahkan kehadiran Google Pixel 2 dengan sokongan Android Q. Tampil dengan menggunakan nama kod ‘walleye’ yang merujuk kepada model Pixel 2, ia telah mencatatkan skor single-core sekitar 1856 dan juga 6307 untuk skor multi-core.

Agaknya apakah nama pencuci mulut yang akan digunakan untuk Android Q nanti?! kredit gambar: theandroidsoul)

Android Q Developer Preview dijangka akan dilancarkan secara rasmi menjelang acara Google I/O yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend