Garmin Malaysia Beri Diskaun Sehingga RM200, Turut Lancar Cabaran Maya Untuk Peserta Garmin Squad Comments Off on Garmin Malaysia Beri Diskaun Sehingga RM200, Turut Lancar Cabaran Maya Untuk Peserta Garmin Squad

Garmin Malaysia dalam perkembangan terbaru telah mengumumkan tawaran promosi kepada orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Produk yang mendapat potongan diskaun terdiri daripada model Venu, Forerunner 245, Forerunner 245 Music, Instinct, dan Instinct Tactical. Kesemua model ini diberi diskaun sehingga RM200 bermula hari ini hingga 14 April 2020.

  • Garmin Venu
  • RM1599 (asal RM1799)
  • Garmin Forerunner 245 & 245 Music

  • RM1299 (asal RM1450)
  • RM1499 (asal RM1699)
  • Garmin Instinct & Instinct Tactical
  • RM1299 (asal RM1450)
  • RM1450 (asal RM1599)

Bagi yang ingin mendapatkan jam tangan pintar daripada Garmin ini, anda boleh layari kedai atas talian pengedar rasmi Garmin Malaysia di https://aeco.com.my/shop. Dapatkan perkhidmatan penghantaran percuma apabila anda memasukkan kod FREESHIPPING sebelum pembayaran dibuat.

Selain daripada promosi, Garmin Malaysia turut melancarkan “Garmin Squad Virtual Challenge” khusus untuk komuniti Garmin Squad yang terkesan dengan PKP. Peserta Garmin Squad yang mahu melakukan senaman dari rumah kini boleh membuat pendaftaran melalui pautan https://aeco.com.my/garmin-squad-virtual-challenge.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend