Garmin Lancar Jam Tangan Pintar Hibrid – Vivomove 3, 3S Dan Style Pada Harga Bermula RM1,250 Comments Off on Garmin Lancar Jam Tangan Pintar Hibrid – Vivomove 3, 3S Dan Style Pada Harga Bermula RM1,250

Garmin hari ini telah mengumumkan koleksi jam tangan pintar hibrid terbaharu keluarannya dengan penawaran tiga model berbeza iaitu Vivomove 3, Vivomove 3S dan juga Vivomove Style untuk pasaran tempatan.

Menampilkan kombinasi rekaan jam tangan analog tradisional dengan sentuhan muka jam digital yang menyokong panel OLED yang tersembunyi di dalam muka jam. Dengan sentuhan pada skrin, jarum jam secara automatik akan bergerak bagi memaparkan skrin pintar dengan sokongan pelbagai maklumat seperti notifikasi mesej, kemas kini media sosial, peringatan kalendar, dan banyak lagi.

Ketiga-tiga siri Vivomove ini turut menyokong fungsi vivomove HR untuk memantau degupan jantung, tetapi kini ia telah dilengkapi dengan fungsi kesihatan yang lebih baik seperti pulse ox1, pemantauan tenaga Body Battery, dan juga sambungan GPS terbina-dalam. Ketahanan bateri mampu beroperasi sehingga 5 hari untuk mod jam tangan pintar, dan tambahan satu minggu untuk mod jam tradisional.

Vivomove 3 dan Vivomove 3S tersedia dalam dua pilihan saiz iaitu 39mm atau 44mm, dan rekaan bezelnya diperbuat daripada stainless steel. Manakala Vivomove Style pula menampilkan saiz 42mm dengan rekaan bezel daripada aluminium.

Harga jualan siri Vivomove:

  • Vivomove 3S (Navy with Rose Gold Hardware) – RM1,250
  • Vivomove 3 (Black with Slate Hardware) – RM1,250
  • Vivomove Style (White with Rose Gold Hardware) – RM1,499
  • Vivomove Style (Moss Green with Silver Hardware) – RM1,499
  • Vivomove Style (Blush Pink Nylon with Light Gold Hardware) – RM1,750
  • Vivomove Style (Black Pepper Nylon with Slate Hardware) – RM1,750
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend