Garmin Approach S62 Diperkenalkan Khusus Untuk Pemain Golf, Berharga RM2,399 Comments Off on Garmin Approach S62 Diperkenalkan Khusus Untuk Pemain Golf, Berharga RM2,399

Garmin Malaysia hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaharunya iaitu Garmin Approach S62. Disasarkan khusus untuk pemain Golf, ia telah diintegrasikan dengan maklumat dan juga pemetaan penuh berwarna.

Garmin Approach S62 dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 1.3 inci, iaitu 17 peratus lebih besar berbanding model sebelum ini. Malah ia juga menjanjikan ketahanan bateri 20 jam untuk mod GPS, dan sehingga 14 hari untuk mod jam tangan pintar.

Bagi memastikan kesesuaian dipakai ketika bermain golf, Approach S26 menyokong ciri Virtual Caddie untuk menganalisa pukulan terdahulu bagi memilih kayu golf yang bersesuaian.

Bahkan jam tangan pintar ini turut diintegrasikan dengan maklumat penting daripada lebih 41,000 padang golf di seluruh dunia. Jadi dengan sokongan skrin berwarna yang besar ia mampu dipaparkan dengan lebih baik.

Garmin Approach S62 yang turut menyokong fungsi pemantauan kadar degupan jantung dan kandungan oksigen dalam darah ini ditawarkan pada harga RM2,399. Ia boleh dimiliki di Garmin Brands Stores dan juga kedai MST Golf.

Selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat, pembelian Garmin Approach S62 boleh dibuat di kedai MST Golf. Untuk tempoh terhad, 50 pembeli terawal jam tangan pintar ini akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM259.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan Garmin Approach S62 secara atas talian, anda boleh menghantarkan emel ke [email protected].

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend