Garmin Approach S62 Berharga RM2399 Untuk ‘Kaki Golf’ Kini Di Malaysia Comments Off on Garmin Approach S62 Berharga RM2399 Untuk ‘Kaki Golf’ Kini Di Malaysia

Garmin, pengeluar jam tangan pintar premium baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran Garmin Approach S62 ke pasaran tanah air. Jam ini merupakan peranti boleh pakai yang ditujukan khas buat anda yang gemar bermain golf.

Approach S62 hadir dengan paparan berwarna 1.3-inci boleh sentuh dan perisian yang dimuatkan pula boleh membentangkan lebih daripada 41,000 peta padang golf dari seluruh dunia.

Pengguna ditawarkan dengan beberapa ciri istimewa antaranya seperti PlaysLike Distance, Hazard View, dan Virtual Caddie yang mana ia boleh menganalisa faktor kritikal seperti kelajuan angin, susun atur padang, dan mencadangkan pemain untuk menggunakan kayu yang sesuai untuk pukulan seterusnya.

Selain dilengkapi bantuan untuk pemain membuat pukulan yang terbaik, Approach S62 turut dimuatkan dengan sensor pemantauan kadar oksigen dalam darah, sekaligus dapat memastikan pengguna berada dalam keadaan yang cergas sewaktu bermain.

Melengkapkan spesifikasi, Approach S62 menyediakan hayat bateri sehingga 20 jam untuk mod GPS dan 14 jam pula jika berada dalam mod penuh.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Garmin Approach S62 pada harga RM2399 melalui Garmin Brand Stores atau secara atas talian di MST Golf Stores. Terdapat pilihan tali jam kulit, silikon, nilon, dan titanium untuk dipilih.

Jika anda membuat pra-tempahan di MST Golf Stores, anda akan menerima barangan golf bernilai RM259 secara percuma. Promosi ini hanya ditawarkan kepada 50 pelanggan yang terawal.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend