Gara-Gara Perkataan ‘Babi’ Dalam Instagram, Dua Lipa Diejek Pengguna Dari Malaysia Comments Off on Gara-Gara Perkataan ‘Babi’ Dalam Instagram, Dua Lipa Diejek Pengguna Dari Malaysia

Dua Lipa boleh dikatakan sebagai nama baru dalam industri hiburan dari barat dan penyanyi berusia 22 tahun ini mula dikenali di seluruh dunia selepas single keenamnya berjudul ‘New Rules’ mula meletup.

Dengan memiliki lebih kurang 7.8 juta pengikut di Instagram, Dua Lipa baru-baru ini telah berkongsi satu status di Insta miliknya yang tertulis “Happy birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss” dengan gambar dia semasa kecil bersama-sama dengan ayahnya.

Sebenarnya perkataan ‘babi’ di dalam bahasa Albania bermaksud ‘ayah’, tetapi seperti biasa, pengguna Internet dari Malaysia yang mudah menghentam telah dilihat mengejek artis popular tersebut di atas penggunaan perkataan tersebut. Ejekan pengguna Instagram dari Malaysia itu akhirnya telah menyebabkan penyanyi tersebut dilihat telah menukar status asalnya sebelum ini.

Sungguhpun begitu, terdapat ramai daripada pengguna Instagram di Malaysia dilihat telah memohon maaf kepada penyanyi tersebut di atas ejekan yang dilontarkan tersebut.

Label rakaman penyanyi itu juga turut mengesahkan bahawa tiada sebarang perubahan jadual kedatangan Dua Lipa di KL Live di negara ini pada bulan Mei nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend