Game Boy Terbesar Di Dunia Ini Berjaya Mencatatkan Rekod Dunia Guinness Comments Off on Game Boy Terbesar Di Dunia Ini Berjaya Mencatatkan Rekod Dunia Guinness

Berukuran 101 cm panjang, 62 cm lebar, dan 20 cm tebal, rekaan Game Boy ini telah berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness sebagai Game Boy terbesar yang pernah dihasilkan setakat ini. Lebih menariknya, Game Boy gergasi ini boleh dimainkan dengan sempurna dan ia masih mengekalkan aspek rekaan yang ‘mudah alih’.

Game Boy ini telah dihasilkan oleh seorang pelajar kejuruteraan yang berasal dari Belgium yang dikenali sebagai Ilhan Unal berusia 21 tahun. Projek yang berjaya dihasilkan oleh remaja lelaki ini telah diinsipirasikan dari minatnya yang mendalam dengan Game Boy ketika dia masih kecil lagi.

Kejayaan Ilhan Unal menghasilkan Game Boy terbesar di dunia telah diiktiraf dalam buku ‘Guinness World Records: Gamer’s Edition’.

 

Peranti gergasi ini telah disambungkan ke Game Boy normal dan menyokong bermacam-macam jenis permainan termasuklah Tetris dan juga Super Mario. Malah Game Boy terbesar di dunia ini juga turut memiliki fungsi System Link bagi membolehkan anda memainkannya dengan rakan yang memiliki Game Boy normal.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend