Gambar Sebenar Samsung Galaxy Note10 Lite Dengan Sokongan Tiga Kamera Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Gambar Sebenar Samsung Galaxy Note10 Lite Dengan Sokongan Tiga Kamera Mula Tertiris Di Internet

Pada awal Disember yang lalu, imej pengolokan Samsung Galaxy Note10 Lite telahpun diperlihatkan kepada umum, namun begitu rekaannya tidak dapat dilihat dengan begitu jelas. Melalui imej yang didedahkan itu, ia jelas memperlihatkan rekaan kamera mirip seperti Google Pixel 4 dan juga lubang kamera depan pada skrin.

Menariknya kini TechTalkTV telahpun mendedahkan gambar sebenar Samsung Galaxy Note10 Lite melalui perkongsian beberapa keping gambar yang dimuat naik di Twitter. Berdasarkan ketirisan tersebut, Galaxy Note10 Lite yang tampil dengan nombor model SM-N770F masih mengekalkan rekaan lubang kamera depan jenis Infinity-O.

Namun jika diperhatikan, bahagian bawah skrin Galaxy Note10 Lite ini memiliki saiz bezel yang lebih tebal jika dibandingkan dengan saiz bezel yang disokong oleh Galaxy Note10 dan juga Galaxy Note10+.

Manakala bahagian panel belakangnya pula telah menempatkan tiga kamera utama yang kelihatan mirip seperti rekaan kamera pada Google Pixel 4. Cuma kedudukan ketiga-tiga lensa dan juga LED Flash pada Galaxy Note10 Lite tampil sedikit berbeza.

Buat masa ini khabar angin mengatakan bahawa varian lebih mampu milik untuk Galaxy Note10 ini akan dikuasakan dengan cipset Exynos 9810, memori 6GB + 128GB, dioperasikan oleh Android 10, dan akan tersedia dengan bicu audio 3.5mm.

sumber

Baca juga:

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Note10 Lite Menyaksikan Rekaan Kamera Mirip Google Pixel 4

Rekaan Sebenar Samsung Galaxy S10 Lite Berjaya Didedahkan Melalui Manual Pengguna

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend