Gambar Sebenar Rekaan Fizikal Sony Xperia XZ3 Mula Tertiris Di Internet?! Comments Off on Gambar Sebenar Rekaan Fizikal Sony Xperia XZ3 Mula Tertiris Di Internet?! 1155

Sony Mobile dipercayai akan mengumumkan model flagship terbarunya pada acara IFA 2018 yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti. Model yang dimaksudkan berkemungkinan besar akan tampil dengan nama Xperia XZ3 atau mungkin juga Xperia XZ2s, bahkan spesifikasi untuk model ini juga sebelum ini telah berjaya didedahkan kepada umum.

Sebagaimana nasib yang diterima oleh peranti flagship yang lain, Xperia XZ3 juga turut menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab apabila rekaan fizikalnya telah berjaya didedahkan melalui gambar sebenar yang tertiris di Internet. Melalui gambar yang diterima, rekaan fizikal Xperia XZ3 tidak begitu jauh berbeza dengan Xperia XZ2, kecuali kini ia tampil dengan sokongan dwi kamera pada panel belakangnya.

Berdasarkan ketirisan spesifikasi sebelum ini, Xperia XZ3 akan dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 845, pilihan ruang storan 64GB atau 128GB, RAM berkapasiti 6GB, paparan skrin berukuran 5.7 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel), dwi kamera utama 19 Megapiksel + 12 Megapiksel, kamera hadapan 13 Megapiksel, IP68, dan juga bateri berkapasiti 3240 mAh dengan Quick Charge 3.0.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend