Gambar Sebenar POCO X2 Kini Mula Tertiris Dengan Sokongan MIUI 11.0.2 Dan Speaker Stereo Comments Off on Gambar Sebenar POCO X2 Kini Mula Tertiris Dengan Sokongan MIUI 11.0.2 Dan Speaker Stereo

Disahkan akan dilancarkan pada minggu depan, POCO X2 dipercayai akan tampil dengan rekaan yang mirip seperti Redmi K30 untuk pasaran di China.

Melalui perkongsian di Twitter, seorang pengguna dari Korea dilihat telah mula memuat naik beberapa keping gambar sebenar yang dipercayai milik POCO X2. Berdasarkan gambar tersebut, ia telah menyaksikan sokongan lubang pada bahagian atas kanan skrin untuk menempatkan dwi kamera depan.

Menariknya POCO X2 juga dipercayai akan hadir dengan sokongan speaker stereo, dan ini jelas dapat dilihat pada rekaan lubang earpiece yang agak lebar pada bahagian atas skrin.

Perkongsian gambar About Phone pada POCO X2 ini juga jelas mengesahkan sokongan antaramuka MIUI Global versi 11.0.2. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menerima sentuhan antaramuka eksklusif daripada POCO ataupun tidak.

Di dalam pendedahan berasingan, POCO X2 dengan kapasiti bateri sebesar 4500mAh ini juga telah dikhabarkan menyokong teknologi pengecasan pantas 27W.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend