Gambar Sebenar Nubia Red Magic 2 Memperlihatkan Sokongan Butang Bahu Pada Sisi Kanan Kerangka Comments Off on Gambar Sebenar Nubia Red Magic 2 Memperlihatkan Sokongan Butang Bahu Pada Sisi Kanan Kerangka

Telefon pintar Android yang memfokuskan aspek permainan iaitu Nubia Red Magic 2 sebelum ini telahpun disahkan akan menyokong dwi sistem penyejukan udara dan cecair. Bahkan berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Roland Quandt, ia juga akan dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 dan juga butang bahu.

Akhirnya buat pertama kalinya, gambar sebenar Nubia Red Magic 2 telah berjaya didedahkan kepada umum oleh ITHome. Walaupun hanya bahagian sisi kerangkanya sahaja berjaya diperolehi, ia sekurang-kurangnya mampu mengesahkan khabar angin berhubung sokongan butang bahu pada peranti ini.

Hadir dalam kerangka berwarna merah, Nubia Red Magic 2 dilihat masih mengekalkan rekaan antena yang sama seperti generasi sebelum ini. Selain sokongan butang kawalan fizikal yang juga hadir dalam warna merah, ia juga kini hadir dengan dua lagi butang tambahan iaitu butang bahu yang dipercayai menyokong ciri sensitif pada sentuhan untuk tujuan gaming.

Nubia Red Magic 2 Disahkan Menyokong Dwi Sistem Penyejukan, Udara Dan Cecair

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend