Gambar Sebenar Jam Tangan Pintar Pertama OPPO Dengan Skrin AMOLED Melengkung Tertiris Comments Off on Gambar Sebenar Jam Tangan Pintar Pertama OPPO Dengan Skrin AMOLED Melengkung Tertiris

Baru beberapa hari lepas panel skrin melengkung 3D yang dipercayai milik jam tangan pintar pertama keluaran OPPO diperlihatkan kepada umum. Menariknya hari ini portal 91mobiles yang terkenal dengan perkongsian gambar eksklusif telah mula memuat naik gambar sebenar peranti itu.

Melalui gambar tersebut, jam tangan pintar OPPO ini kelihatan mirip seperti Apple Watch. Namun paparan skrin AMOLED pada jam tangan ini telah menampilkan sentuhan permukaan kaca melengkung yang agak ketara pada bahagian kiri dan kanan muka jamnya.

Daripada gambar itu juga, jam tangan pintar OPPO turut menyokong menu untuk pengguna menukar pelbagai fungsi yang boleh diaktifkan menggunakan dua butang fizikal rata yang tersedia pada sisi kanan kerangkanya.

Buat masa ini OPPO masih lagi belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi ataupun spesifikasi yang akan disokong oleh jam tangan pintar pertama keluarannya itu.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend